PANDUAN & SYARAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua peserta dari universiti yang mengambil bahagian dan mengikuti kursus bahasa Melayu.
  2. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan mengikut kategori pertandingan.
  3. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
  4. Video yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa Melayu.
  5. Durasi video tidak lebih daripada 3 minit.
  6. Rakaman video yang dihantar mestilah karya asli dan tidak pernah memenangi sebarang pertandingan atau diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
  7. Kandungan video yang dihantar mestilah merangkumi komponen SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti, SDG 11 iaitu Bandar dan Komuniti Mampan, atau Nilai: Etika dalam Media Sosial.
  8. Setiap karya yang dihantar berhak digunakan, disiarkan atau dicetak oleh pihak penganjur dalam sebarang bentuk media tanpa pemberitahuan rasmi kepada peserta. Karya yang dihasilkan tetap menjadi hak milik peserta.
  9. Penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar melalui borang penyertaan dengan melampirkan pautan Tik Tok atau video.
  10. Setiap universiti yang mengambil bahagian mesti menghantar sekurang-kurangnya dua penyertaan.
  11. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 14 Jun 2024 (Jumaat), pukul 5.00 petang waktu tempatan.
  12. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  13. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 5 Julai 2024 dan dimaklumkan menerusi e-mel.
  14. Semua pemenang akan menerima hadiah wang tunai, sijil digital, dan mata STAR (starpoint bagi pelajar UIAM sahaja).
  15. Hadiah wang tunai akan diberikan dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

ARAHAN PERTANDINGAN KATEGORI PELAJAR MALAYSIA: TIK TOK BAHASA

  1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Malaysia yang pernah atau sedang mengikuti kursus bahasa Melayu pada peringkat universiti.
  2. Penyertaan adalah secara berkumpulan (2 atau 3 orang sahaja).
  3. Topik pertandingan ialah ‘Kerancuan Bahasa’ yang berkisar tentang isu peristilahan, kesalahan ejaan, percampuran kod atau sebarang isu bahasa yang sesuai.
  4. Kandungan video yang dihantar mestilah merangkumi komponen SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti, SDG 11 iaitu Bandar dan Komuniti Mampan, atau Nilai: Etika dalam Media Sosial.
  5. Video yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa Melayu.
  6. Peserta hendaklah merakam video dalam bentuk sketsa.
  7. Video mestilah dirakam secara melintang (landscape).
  8. Durasi video yang dihasilkan mestilah tidak lebih daripada 3 minit.
  9. Peserta digalakkan untuk menggunakan sebarang teknik khas dalam penyuntingan video.
  10. Penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar melalui borang penyertaan berserta video atau dengan melampirkan pautan video yang dimuat naik di akaun Tik Tok peserta.
  11. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 14 Jun 2024 (Jumaat), 5.00 petang.

ARAHAN PERTANDINGAN PELAJAR ANTARABANGSA: VIDEO TEROKA MAKANAN TRADISI MALAYSIA

  1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar antarabangsa yang pernah atau sedang mengikuti kursus bahasa Melayu pada peringkat universiti.
  2. Penyertaan adalah secara individu.
  3. Topik pertandingan ialah ‘Makanan Tradisional di Malaysia’. Setiap peserta hendaklah merakam video membuat ulasan tentang makanan tradisional yang terdapat di Malaysia.
  4. Kandungan video yang dihantar mestilah merangkumi komponen SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti, SDG 11 iaitu Bandar dan Komuniti Mampan, atau Nilai: Etika dalam Media Sosial.
  5. Video yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa Melayu.
  6. Rakaman video perlulah disertai dengan sari kata bahasa Melayu.
  7. Video mestilah dirakam secara melintang (landscape).
  8. Durasi video yang dihasilkan oleh peserta mestilah tidak lebih daripada 3 minit.
  9. Peserta digalakkan untuk menggunakan sebarang teknik khas dalam suntingan video.
  10. Penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar melalui borang penyertaan berserta video atau dengan melampirkan pautan video yang dimuat naik di mana-mana media sosial.
  11. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 14 Jun 2024 (Jumaat), pukul 5.00 petang.

KRITERIA PEMARKAHAN

  • 40% – Bahasa.
  • 30% – Mesej / Isi Kandungan.
  • 20% – Persembahan.
  • 10% – Kreativiti.

HADIAH

Kategori Pelajar Malaysia

  • Tempat pertama – hadiah wang tunai RM550 dan sijil digital.
  • Tempat kedua – hadiah wang tunai RM350 dan sijil digital.
  • Tempat ketiga – hadiah wang tunai RM200 dan sijil digital.
  • Tujuh hadiah sagu hati – hadiah wang tunai RM100 dan sijil digital.

Kategori Pelajar Antarabangsa

  • Tempat pertama – hadiah wang tunai RM300 dan sijil digital.
  • Tempat kedua – hadiah wang tunai RM200 dan sijil digital.
  • Tempat ketiga – hadiah wang tunai RM100 dan sijil digital.
  • Tujuh hadiah sagu hati – hadiah wang tunai RM50 dan sijil digital.

PIHAK UNTUK DIHUBUNGI

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Encik Razman Mohamad,

Divisyen Bahasa Melayu (DBM), CELPAD, UIAM.

razmanmohamad@iium.edu.my