PENGENALAN

Pertandingan Tik Tok Imej Budaya (Pertandingan Tik Tok Citra Budaya) terbuka kepada semua pelajar (Melayu dan Antarabangsa) dari universiti tempatan yang mengikuti kursus atau program Bahasa Melayu.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Kategori Malaysia: Pertandingan Bicara Irama Tradisional Melayu
  2. Kategori Antarabangsa: Budaya Melayu di Malaysia

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam mengeluarkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang berseni dan indah serta mempersembahkannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

  1. Menggalakkan peserta menghayati nilai, akhlak dan amalan Melayu sebagaimana yang terkandung dalam budaya Melayu.
  2. Menerapkan kemahiran pengucapan awam dalam bahasa Melayu dalam kalangan peserta.
  3. Menggalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan peserta.
  4. Menyediakan platform untuk peserta menggunakan empat kemahiran bahasa:  Membaca, Menulis, Bertutur dan Mendengar.
  5. Menggalakkan peserta mengambil bahagian dalam acara dengan rakan sejawat yang lain.

TEMA PERTANDINGAN

Dalam pertandingan ini, para peserta perlu membuat ulasan lagu Irama Tradisional dan pengalaman mendekati budaya Melayu dengan tema:

Hidup Sejahtera Aman Lestari

Para peserta bebas meluahkan fikiran melalui budaya Melayu. Topik boleh dalam aspek budaya, tradisi, pemikiran dan sebagainya asalkan topik yang dipilih meliputi tema yang diberikan. Kemudian, mereka dikehendaki merakam video persembahan lagu irama tradisional Melayu dan budaya Melayu berdasarkan kreativiti mereka. Penghakiman akan mempertimbangkan kedua-dua aspek kreativiti dan persembahan video.

Terdapat dua kategori untuk pertandingan Tik Tok Citra Budaya:

PERATURAN DAN PANDUAN

PERTANDINGAN BICARA IRAMA MELAYU TRADISIONAL

PERATURAN DAN PANDUAN UMUM

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua peserta dari universiti yang mengambil bahagian yang mengikuti kursus atau program Bahasa Melayu.
  2. Penyertaan adalah individu.
  3. Tiada yuran penyertaan akan dikenakan.
  4. Video yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa Melayu.
  5. Durasi video yang dihasilkan oleh peserta tidak melebihi daripada 3 minit.
  6. Setiap peserta hendaklah merakam video mereka mengulas lagu irama Melayu tradisional.
  7. Kandungan kerja yang dihantar mesti termasuk salah satu komponen SDGs – SDG 3, 4 & 11 atau Nilai: Hubungan Keluarga & Etika dalam media sosial.
  8. Semakan lagu irama Melayu dan budaya Melayu yang dihantar mestilah karya asli yang tidak pernah memenangi sebarang pertandingan dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
  9. Peserta dibenarkan membuat ulasan berdasarkan satu daripada senarai lagu ini sahaja;
    • Kurik-kundi oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza
    • Sireh Pinang oleh Azlina Aziz
    • Joget Pahang oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza
    • Pantun Budi oleh Tan Sri SM Salim
    • Awallah Dondang oleh Noraniza Idris
    • Lemak Manis oleh Roslan Madun
    • Cik Mek Molek oleh Datuk M Daud Kilau
    • Kain Songket oleh Saloma
    • Ghazal untuk Rabiah oleh Dato’ M Nasir dan Dato’ Jamal Abdillah
  10. Peserta dibenarkan untuk menyanyikan lagu yang dipilih (tidak terlalu panjang dan keterlaluan).
  11. Setiap karya yang dihantar berhak digunakan, disiarkan atau dicetak oleh pihak penganjur dalam apa jua bentuk media tanpa pemberitahuan rasmi kepada peserta. Namun, karya yang dihasilkan tetap menjadi hak milik peserta.
  12. Penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar melalui borang penyertaan dengan melampirkan pautan Tik Tok /YouTube.
  13. Setiap universiti yang mengambil bahagian mesti menghantar sekurang-kurangnya 3 penyertaan.
  14. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 25 Jun 2023 (Ahad) jam 5.00 petang.
  15. Keputusan hakim adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
  16. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 11 Ogos 2023 dan dimaklumkan melalui e-mel.
  17. Semua pemenang akan menerima hadiah wang tunai, sijil digital dan mata STAR (pelajar UIAM sahaja).

PERTANDINGAN BUDAYA MELAYU DI MALAYSIA

PERATURAN DAN PANDUAN UMUM

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua peserta dari universiti yang mengambil bahagian dan mengikuti kursus atau program Bahasa Melayu.
  2. Penyertaan adalah individu.
  3. Tiada yuran penyertaan akan dikenakan.
  4. Video yang dihasilkan mestilah menggunakan bahasa Melayu.
  5. Setiap peserta hendaklah merakam video membuat ulasan budaya Melayu di Malaysia.
  6. Rakaman video perlu disertai dengan sari kata dalam bahasa Melayu.
  7. Durasi video yang dihasilkan oleh peserta tidak melebihi daripada 3 minit.
  8. Rakaman video budaya Melayu yang dihantar mestilah karya asli dan tidak pernah memenangi sebarang pertandingan atau diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
  9. Kandungan video yang dihantar mestilah merangkumi komponen SDG  4 / SDG 11 / Nilai: Hubungan Keluarga & Etika dalam media sosial.
  10. Setiap karya yang dihantar berhak digunakan, disiarkan atau dicetak oleh pihak penganjur dalam apa-apa jua bentuk media tanpa pemberitahuan rasmi kepada peserta. Namun, karya yang dihasilkan tetap menjadi hak milik peserta.
  11. Penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar melalui borang penyertaan dengan melampirkan pautan Tik Tok.
  12. Setiap universiti yang mengambil bahagian mesti menghantar sekurang-kurangnya 3 penyertaan.
  13. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 25 Jun 2023 (Ahad) jam 5.00 petang.
  14. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  15. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 11 Ogos 2023 dan dimaklumkan melalui e-mel.
  16. Semua pemenang akan menerima hadiah wang tunai, sijil digital dan mata STAR (pelajar UIAM sahaja).

HADIAH

RUBRIK PEMARKAHAN

Rubrik pemarkahan akan mempertimbangkan kedua-dua hasil kerja peserta iaitu bahasa Melayu dan persembahan video.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Nur Farhana binti Mohd Nasir
Bahasa Melayu Division (BMD), CELPAD IIUM
farhanamohdnasir@iium.edu.my